jaykim's fanfictions
refresh list personal follow
Dysthymia




Akan ada satu saat di mana kau berubah bertentangan dengan personaliti kau sendiri. Sama ada sebab orang sekeliling, ataupun sakit di hati yang tiada tandingan lagi. Bukan kerana tak tabah. Manusia punya hati yang mampu merasa emosi. Perit di organ itu bukan semua orang boleh tanggung tanpa tangis. Bagi dia, kesedihan itu melampau kemampuannya. Tak mampu bertahan, dia berubah.

Apa guna kalau peduli kalau yang diperoleh kembali sakit semata? Itu ayat yang diulangnya baca rakaman diputar berkali-kali tanpa jemu. Apa guna kalau sayang kalau insan tersebut kalau apa yang dia dapat hanya cemuhan dan jelingan? Bagi mereka, dia tak layak.



        "Kau pergi petang ni?" angan yang berlegar entah ke mana terhenti sejenak. Pandangannya dialihkan pada yang bertanya. "Pergi mana?" soalnya selamba. Rakan itu meluahkan tawa. "Tanya lagi? Punya la aku cerita panjang tadi, kau tak ambil port?" bebel lelaki itu dalam tawanya. Bahu dia jungkit selamba. "Siapa suruh kau membebel?" lebih kepada rungutan berbanding soalan. Insan itu tersengih sahaja. "Nak pergi mana?" dia menyoal lagi. Sedar soalan itu tidak diberi jawapan yang jelas.

        "Dekat bandar ada event petang ni." mulutnya melopong kecil tanda faham. "Nak join sekali?" soalan itu dibiarkan tanpa jawapan sejenak. "Tengok la macam mana." rakannya itu mengerut dahi. "Kau selalu macam tu, Jo. Tengok tu maksudnya tak la kan?" tawanya meledak seraya bahu dijungkit. "Kau agak?" "Selalu dah macam tu."





        "Weh, kafe baru kat simpang tu kau dah pergi belum?" dia menganggak wajah. Mata merayu dipejamkan. Mengantuk. "Ha?" dahinya dikerutkan. Tidak faham. "Kafe kat simpang tu, kau dah pergi belum?" dia memejamkan mata. "Kau bercakap macam kereta lumba, Nus. Tak jelas." dia merungut malas. "Kafe dekat simpang," angguk. "Kau dah pernah pergi situ belum?" geleng.

        "Singgah situ after class nak? Teman aku." dia membuka kelopak mata. Lambat-lambat ayat disusun dalam kepala. "Aku tak berapa sihat hari ni." rakannya membuat muka dan mengeluh. "Dah agak dah." dia tersengih malas. "Lain kali."




        "Ingat tak junior kita yang tegur kau minggu lepas?" dia mengangkat kepala dari permukaan meja. Duduk tegak di atas kerusi, dia bersandar elok. "Kenapa?" pandangan yang berpinar menyakitkan kepala. Beberapa saat pandangan menjadi gelap sebelum kembali kepada asal. "Dia ajak lepak dengan geng-geng dia." senyap. "Kau ikut la, Sabtu ni." dia membuka mulut, ingin memberi respon namun dipotong laju. "Tengok la macam mana." dia mengerutkan dahi sebelum ketawa meledak.

         "Aku dah kempunan nak keluar dengan kau macam dulu tahu tak?" rakannya yang seorang itu merungut. "Bila la kau bersetuju dengan plan aku?" ayat itu membuatkan tawanya semakin galak. Jelas tawa yang jarang didengari itu bergema di dalam kelas kosong yang menjadi lokasi lepak mereka. "Tengok la macam mana." responnya dengan senyuman perli. Rakan di sebelah hanya menjeling maut.




        Dia meraup wajah kasar. Serabut membelenggu. "Jo, tiba masa kau kena move on juga." rakan di sebelah menyambung. Dia mengeluh berat, rimas memeluk jiwa. "Tapi masa tu bukan sekarang." dingin dia bersuara. Sekali lagi pertengkaran berlaku. Tajuk yang sama, tarikh yang berlainan.

        "Habis tu bila?" kasar suara itu menjengah telinganya. "Sampai semuanya ikut plan asal." seperti orang tidak punya akal, dia memberi jawapan. "Kau gila ke, Jo? She died two years ago!" telinga dia tutup kemas dengan kedua-dua telapak tangan. "Kau kena move on dari kisah kau dengan dia, Jo!" "Aku sayang dia, sampai bila-bila."

        "Suka hati kau la, Jo." itu kali terakhir mereka bertengkar. Dan bersuara antara satu sama lain.




        "Umur?" soalan itu menjengah cuping telinga, memotong khayalan yang bermain sedari tadi. "20." jawabnya perlahan. Wanita berkaca mata itu mengangkat pandangan dari helaian kertas pada fail. "Dysthymia?" dia hanya memerhati dahi wanita itu berkerut. Soalan itu dibiarkan tanpa respon.

       "Sejak bila awak rasa macam ni?" diam sejenak. "Zaman sekolah menengah." perlahan. Wanita dihadapannya hanya meraup muka tanpa kata.





Dysthymia;
noun
PSYCHIATRY
noun: dysthymia
  1. persistent mild depression.

more info



last minute. Tak check ada kesalahan tatabahasa dan typing error ataupun tidak. Fic ni sekadar mengasah balik skill menulis fic yang lama juga ditinggalkan. Haha.


My inspiration differs. One time, it is from a video and the next it is from my personal research
In this site, everything is purely fictional though some of the real diseases are discussed here.

0 comment(s)